
Rasanya tidak terlewat untuk mengajak rakan-rakan di luar sana dan anak-anak didik yang saya cintai untuk mengajak keluarga ke Minggu Saham Amanah Malaysia. Sebagai pendidik kita mesti tahu tentang pendidikan dalam pelaburan. Dalam subjek Bahasa Malaysia kita akan dapati ada tajuk berkaitan dengan menabung. Di sini kita mendapat pelbagai ilmu dan manfaat dalam mengetahui pelaburan demi masa hadapan. Bermula dengan sifat menabung kita akan dapat melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang. Yakin dan percayalah bahawa apa jua yang kita lakukan ini adalah demi masa depan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang serta mencapai wawasan 2020. Untuk menggalakkan rakan-rakan dan anak-anak bangsa yang tercinta mengenali tentang Permodalan Nasional Berhad layari lelaman yang saya sediakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan