MENDIDIK ANAK BANGSA YANG TERCINTA TANGGUNGJAWAB UNTUK NEGARA

Jumaat, 18 September 2009

DOAKAN KEJAYAAN MURID TAHUN 6


Walaupun telah berlalu peperiksaan UPSR, cikgu doakan semua murid-murid tahun 6(2009) di seluruh negara terutamanya murid Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau dapat mencapai kejayaan yang cemerlang. Doa dan minta restu ibu dan ayah. Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang terbaik bagi kita meminta maaf kepada ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan dan sanak saudara. Mudah-mudahan mereka merestui kita, Amin...

MARI KITA LAWATI ARKIB NEGARA


Pada pendapat saya, kebanyakkan generasi muda pada hari ini kurang memahami sejarah pembangunan dan selok belok asal negara. Oleh itu saya sarankan generasi muda melayari laman web http://www.arkib.gov.my/home

Pantun Hari Raya

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira

Sumber: Selekta