MENDIDIK ANAK BANGSA YANG TERCINTA TANGGUNGJAWAB UNTUK NEGARA

Selasa, 14 April 2009

Naib Johan


Alhamdulillah lama pasukan rumah Merah iaitu dato Maharajalela berada di tangga keempat kini boleh berbangga di tangga kedua...

Sajak : Dadah Durjana - Latih murid ke pertandingan sajak sempena Kempen Anti Dadah



Dadah
Tika dulu kau bagai penawar
Mengukir sejarah di bidang perubatan
Penyelamat nyawa tika kesakitan

Namun kini
Martabatmu begitu hina
Hadirmu bak najis semata
Kau hanyalah pemusnah
Generasi dunia

Dadah
Kau umpama racun yang mengalir
Dalam pembuluh darah
Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang
Perit..Pedih..

Dadah
Kau durjana
Hadirmu membawa derita
Khayalan sementara cuma
Imaginasi dusta di bumi nyata
Membawa kesedihan
Mengundang derita sengsara
Dan mengusungKematian..